Monday, August 31, 2009

Situasi semasa Influenza A(H1N1) (Setakat 31 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)


Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 72

Dimaklumkan sehingga 31 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 99 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 240 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,374 pesakit ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 286 pesakit (21%) yang disahkan positif H1N1.

Daripada 286 kes yang disahkan H1N1, 46 kes berada di ICU dimana 8 kes merupakan kemasukan baru, sementara 4 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 46 kes yang sedang dirawat di ICU, 32 (70%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (9), obesiti (9), kanak-kanak/bayi (6), post-natal/hamil (3), penyakit jantung (2), asthma (1) dan immuniti rendah (2).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Sumber

http://h1n1.moh.gov.my/

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA DAERAH TENOM

LAGU RASMI 1 MALAYSIA

Saturday, August 22, 2009

JADUAL PTK OGOS 2009

GAMBAR SEMASA KEM BESTARI SOLAT KE-4 (PART 2)




Daripada Penyelaras Program Kem Bestari Solat Ke-4

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem bestari solat yang terakhir untuk tahun 2009.

Monday, August 17, 2009

SELAMAT BERPUASA KEPADA WARGA SK. PEKAN


Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa pada tahun ini ditetapkan pada petang Khamis, 20 Ogos ini (29 Syaaban 1430 Hijrah). - Utusan

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER II 2009


Cuti akan bermula 22. Ogos. 2009 sehingga 31. Ogos. 2009 (Jumaat - Isnin)
Selamat bercuti diucapkan kepada guru-guru dan KTBM serta semua murid-murid Sekolah ini.
Jangan pula lupa nak balik dari bercuti nanti yea....


Daripada,

admin

Situasi Global


Sehingga 11 Ogos 2009, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.


Sumber

http://h1n1.moh.gov.my/

Situasi semasa Influenza A(H1N1) (Setakat 17 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : 2
Jumlah Kematian : 64

Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Daripada 33 kes yang sedang menerima di ICU, di dapati 17 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (8), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Untuk makluman sebanyak 2 kematian telah dilaporkan.

Sumber

http://h1n1.moh.gov.my/

Friday, August 14, 2009

Situasi semasa Influenza A(H1N1) (Setakat 14 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)


Kes Kematian : 5

Jumlah Kematian : 56

Untuk makluman, terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di ICU. Daripada 27 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 18 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (4),kanak-kanak (2), hamil (1) dan post-delivery (1). Terdapat sejumlah 5 kematian yang dilaporkan.

Empat(4) daripada kes kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes, diabetes dan TB paru-paru (1 kes ), Diabetes(1 kes) dan bayi (2 kes). Untuk makluman, 5 kematian tersebut berlaku pada 8 Ogos (1kes),11 Ogos (2 kes) dan 12 Ogos (2 kes).

Thursday, August 13, 2009

Wednesday, August 12, 2009

JALUR GEMILANG

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

KEM BESTARI SOLAT KALI KE- 4 2009



Kem Bestari Solat ini akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 15 Ogos 2009

Masa : 7:00 am - 4:30 pm

Hari : Sabtu

Tempat : SK. Pekan Tenom

Diharapkan semua guru dan murid dapat memberikan komitmen dan kerjasama agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih.

Monday, August 10, 2009

Friday, August 7, 2009

STATUS TERKINI H1N1 DI SEKOLAH (6 Ogos - 5 petang)

Sila muaturun fail berikut

STATUS TERKINI H1N1 DI SEKOLAH SELURUH MALAYSIA

Sumber

http://www.moe.gov.my

UJIAN PERCUBAAN UPSR 2009

Ujian Percubaan UPSR ini hanya melibatkan murid-murid tahun 6 sahaja.
Butiran lanjut adalah seperti berikut :-

Tempat : Kelas Tahun 6 Bistari & 6 Cemerlang

Tarikh : 10 - 13. Ogos. 2009

Hari : Isnin - Khamis

M/Pelajaran :

i) Bahasa Melayu (Pemahaman)
ii) Bahasa Melayu (Penulisan)
iii) Bahasa Inggeris
iv) Sains Rendah
v) Matematik


Sila maklum kepada murid-murid terlibat dan guru-guru yang mengajar di Tahun 6.

Terima kasih.

Thursday, August 6, 2009

RISALAH BERGUNA MENGENAI INFLUENZA A (H1N1)

Sila pilih risalah pilihan :-
  1. Risalah Cara Membasuh Tangan Yang Betul
  2. Etika Batuk
  3. Penggunaan Pelindung Mulut

Sumber daripada,

http://h1n1.moh.gov.my/

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Sunday, August 2, 2009

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Sekolah diatas kejayaan meraih tempat Ketiga daripada 20 pasukan yang bertanding dalam Pertandingan Lalulintas Shell Peringkat Pedalaman. Walaupun hanya berlatih sekali di litar perkarangan Kompleks Sukan Keningau, namun semua jurulatih dan para peserta sekolah berjaya menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi dalam pertandingan tersebut. Anda telah menunjukkan bahawa SK. Pekan Tenom Boleh!!!!......

Tuesday, July 28, 2009

PERTANDINGAN LALULINTAS SHELL PERINGKAT PEDALAMAN

Sekolah Kebangsaan Pekan Tenom akan mewakili Daerah Tenom yang akan diadakan seperti yang berikut :-

Tempat : Perkarangan Kompleks Sukan Keningau

Tarikh : 30. Julai. 2009 (Khamis)

Murid (Peserta) : 15 orang

Guru Pengiring : 4 Orang


Semoga berjaya dalam pertandingan itu nanti......ok bye....

Wednesday, July 22, 2009

FESTIVAL BAKAT PRA SEKOLAH PERINGKAT PEDALAMAN

Festival Bakat ini akan diadakan pada :-

Tarikh : 23. Julai. 2009

Hari : Khamis

Tempat : Dewan SJKC Chung Hwa, Tenom

Tuan Rumah : Daerah Tenom

Festival ini dibuat untuk memilih pelajar-pelajar pra-sekolah yang berbakat bagi mewakili bahagian pedalaman.

AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Antara Aktiviti & Acara Yang Akan Dijalankan :-
  1. Mewarna Bendera Jalur Gemilang untuk Tahap 1.
  2. Menghias bilik darjah dengan bendera (Semua kelas).
  3. Pertandingan mencipta puisi tentang Hari Kemerdekaan.
  4. Pertandingan Bercerita tentang Tokoh Kemerdekaan.
  5. Rekacipta Jalur Gemilang.
  6. Nyanyian lagu-lagu Patriotik secara berkumpulan.
  7. Nyanyian lagu Patriotik oleh Kumpulan Koir Sekolah.
  8. Kuiz Spontan.
  9. Pakaian Tradisional terkeams dan tercantik (Murid)
  10. Yang ke-10...Rahsia x boleh gitau....(Untuk ??????)

Semua aktiviti ini telah dibincangkan dalam mesyuarat antara 3 Panatia yang berkaitan iaitu Panatia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Panatia Pendidikan Moral dan Panatia Kajian Tempatan.

Tuesday, July 21, 2009

GAMBAR GURU-GURU DAN KTBM SK. PEKAN TENOM


Gambar ini telah diambil pada 16. 07. 2009 (Khamis) untuk persiapan sambutan Bulan Kemerdekaan

Sunday, July 12, 2009

PELAKSANAAN UJIAN EXCEL II UPSR 2009

Ujian Excel II ini akan dijalankan bermula dari 13. Julai. 2009 hingga 16. Julai. 2009 (Isnin - Khamis). Murid-murid yang terlibat adalah semua murid Tahun 6. Harap maklum.

SELAMAT DATANG

Selamat bertugas diucapkan buat Ustaz Ariffbillah Bin Ahmed sebagai Guru J-Qaf di sekolah ini. Beliau berasal dari Pulai Chondong, Kelantan.

*gambar lum ada.

Thursday, July 9, 2009

MATAHARI SENJA YANG SUNGGUH INDAH...


Gambar ini telah diambil oleh Cikgu Ridon semasa Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2007. Pemandangan ini dirakamkan semasa aktiviti petang PUB, kira photogenik la Tuan Ridon ni...Untuk gambar kenang-kenangan PUB 2007 akan saya postkan kemudian....Tunggu...

CANDID KE ?


hehe....posing baik punya cikgu ni.......


Sempat lagi tgk kamera kan...hihi...baling getah tu..jgn tak baling...



Antara guru-guru yang memakai baju rasmi sekolah....semuanya kiut2 lagi ni...hehe...


Pemain paling hensem dan campin....(hehe...serius tuu...)


Hehe...main tengok belakang ye....


Tuesday, June 30, 2009

SELAMAT BERTUGAS DISEKOLAH INI

Selamat datang diucapkan kepada Ustazah Salwa Anis Che Din yang akan bertugas mengajar disekolah ini mengantikan Ustazah Suria Idawani Yatim. Beliau telah berpindah dari SK. Kg. Biah Keningau.

from,

Admin

*sori gambar belum ada.

SALAM PERPISAHAN DARI WARGA SK PEKAN TENOM


Ustazah Suria Idawani Yatim telah berpindah ke SK. Felda Serting 3, Jempol. Negeri Sembilan. Terima kasih Ustazah, jasa dan budi yang telah dicurahkan disekolah selama ini akan dikenang dan amat dihargai oleh semua warga sekolah. Kalau berkesempatan sudi2 lah berkunjung ke sini lagi.

Sunday, June 28, 2009

SUKANEKA HARI GURU SK PEKAN TENOM


ACARA SUKANEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Antara guru-guru yang sedang menunggu acara dijalankan....tapi yang penting aku ada kat situ...hehe..


Ui...campin pulak....sampai tergantung lagi tu bola....

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA



Terima kasih banyak-banyak atas sumbangan banner ini. Banner ini disumbangkan daripada A.Alim Catering....Tengkiu....Harap2 tahun depan lagi besar...hehe...

Thursday, June 25, 2009

JEMPUTAN KE SESI MENANDATANGANI BUKU REKOD PROFIL MURID

Kepada,
Semua Ibubapa / Penjaga,
SK. Pekan Tenom.

Dengan segala hormatnya, pihak sekolah menjemput tuan / puan hadir ke majlis yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 27 Jun 2009 (Sabtu)

Masa : 7.30 - 11.00 pagi

Tempat : Dewan Terbuka SK. Pekan Tenom


Kehadiran tuan / puan ke majlis ini adalah Wajib.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 23, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru ini telah disusun semula memandangkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pertama

Hari : Khamis

Tarikh : 25. 06. 2009

Masa : 2.00 Petang

Acara : Sukaneka & Menyusun Pentas


Kedua

Hari : Jumaat

Tarikh : 26. 06. 2009

Masa : Bermula Jam 7.00 Pagi

Acara : Hari Kemuncak - Persembahan, Koir, Mentor & Mentee dan Lain-lain lagi


* Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian

TAHNIAH

Kumpulan Koir Sekolah Kerana Berjaya mendapat tempat kedua pada Pertandingan Koir Peringkat Bahagian Keningau.

Tahniah kepada Jurulatih yang bertungkus-lumus untuk melatihkan pasukan ini iaitu Puan Colette Wong dan Encik Ridon Emot.

Walaupun kurang penyertaan daripada daerah-daerah lain di bahagian Keningau, namun semangat yang kumpulan ini tunjukkan amat dipuji.

Saturday, June 20, 2009

TAHNIAH KEPADA KUMPULAN KOIR SEKOLAH

Tahniah diucapkan kepada kumpulan koir sekolah kerana berjaya mewakili daerah Tenom ke Pertandingan Koir Peringkat Bahagian Keningau yang akan diadakan pada 23. June. 2009 bersamaan hari selasa.

Kepada jurulatih mereka Cikgu Colette Wong & Cikgu Ridon, anda memang yang terbaik....begitu juga Penolong Kanan Ko-Kurikulum Cikgu Cyril Francis kerana berjaya membentuk kumpulan koir ini..... Teruskan usaha murni anda demimu SK. Pekan Tenom....Tahniah...

Semoga Pasukan Sekolah akan berjaya dalam pertandingan itu nanti, berkat doa dan kerja keras daripada anda semua.

Untuk semua yang terlibat dalam menjayakan acara pemilihan wakil daerah Tenom pada Jumaat (19. 06. 2009) jutaan terima kasih diucapkan.


SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Motivasi Keibubapaan dan Teknik Menjawab Soalan UPSR yang telah bermula sejak 17. 06. 2009 (Rabu) sehingga 20. 06. 2009 (Sabtu).

Di mana kemuncak acara ialah pada hari Sabtu iaitu Program Motivasi Keibubapaan untuk ibubapa murid-murid yang belajar di tahun 6 dengan anak-anak mereka.

Program ini diadakan bagi membantu ibubapa @ penjaga dan murid-murid tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Semoga usaha murni dan doa daripada ibubapa/penjaga serta guru-guru akan membantu murid-murid untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan penuh kesungguhan dan dapat mencapai target yang terbaik.

Untuk tahun ini SK. Pekan Tenom telah menetapkan target agar 10 orang murid akan mendapat 5A. Kita semua doakan semoga ianya akan tercapai.

*saya akan cuba utk dapatkan foto semasa program ini berlangsung untuk dipostkan dalam blog masa terdekat..

Ikhlas,

Admin

Tuesday, June 16, 2009

PEMILIHAN KUMPULAN KOIR BAGI MEWAKILI DAERAH TENOM KE PERINGKAT BAHAGIAN KENINGAU

TARIKH : 19.06.2009

HARI : JUMAAT

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK. PEKAN TENOM


Nota :-

1) Mudah-mudahan sekolah kita dapat memenangi pemilihan itu nanti.
2) SK Pekan Tenom boleh bah! kalau ko.....

PERTANDINGAN KUIZ KESIHATAN PERINGKAT NEGERI SABAH

TUAN RUMAH : DAERAH BEAUFORT

TARIKH : 17.06.2009

HARI : RABU

WAKIL MURID : 4 ORANG

GURU PENGIRING :
  1. CIKGU CYRIL FRANCIS
  2. CIKGU YUNIZA IDAYU ISMAIL

Nota :-

Semoga berjaya diucapkan kepada wakil yang bertanding.

LAWATAN DARIPADA KESIHATAN (KKIA TENOM)

LAWATAN PEMERIKSAAN KESIHATAN DRP. KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK TENOM

TEMPAT : SK. PEKAN TENOM

MASA : BERMULA 7.00 PAGI

TARIKH : 17.06.2009

HARI : RABU


* Kepada murid-murid dan guru yang terlibat sila berikan kerjasama.

Monday, June 15, 2009

PROGRAM MOTIVASI & TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

TEMPAT : BILIK DARJAH TAHUN 6 BISTARI & 6 CEMERLANG

TARIKH : 17 - 20/06/2009 (Rabu Hingga Sabtu)

MASA : 7.00 PAGI - 12.40 TGH



HARI KEMUNCAK PROGRAM MOTIVASI DAN MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN

TEMPAT : BILIK DARJAH (MURID TAHUN 6) & IBUBAPA (DEWAN TERBUKA)

MASA : 7.00 PAGI - 12.40 TGH

TARIKH : 20/06/2009 (Sabtu)


*Semua Murid tahun diwajibkan hadir.
*Semua ibubapa murid dijemput hadir untuk menjayakan program ini.

Saturday, June 6, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SK. PEKAN TENOM

TARIKH : 27. JUNE. 2009 (SABTU)

MASA : BERMULA JAM 7.00 PAGI

Info :
  1. Pelbagai aktiviti telah dirancangkan untuk memeriahkan sambutan tersebut.
  2. Semua guru dan murid diwajibkan hadir.

MAKLUMAN

MAJLIS PENYERAHAN BUKU REKOD KEMAJUAN PELAJAR
BAGI SEMESTER PERTAMA TAHUN 2009


TARIKH : 26. JUNE. 2009

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK. PEKAN TENOM

MASA : BERMULA JAM 2.00 PETANG

Nota :-
*Semua ibubapa & penjaga dijemput hadir.
*Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Wednesday, May 27, 2009

LAGU BALIK KAMPUNG

MUSIM CUTI SEKOLAH DAH BERMULA...

INFO.....

  1. CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN AKAN BERMULA DARI 30.05.2009 HINGGA 14.06.2009.... DUA MINGGU TU...
  2. SELAMAT BERCUTI SEMUA.......KEPADA GURU-GURU YANG BALIK SEMENANJUNG JANGAN PULAK LUPA NAK BALIK SABAH......HEHE.....INGAT2 LAH ORANG SABAH....
  3. YANG PENTING BALIK KAMPUNG DULU....HABISKAN CUTI SEKOLAH.....BESTNYA CUTI.....
  4. SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SK. PEKAN TENOM...CUTI-CUTI MALAYSIA...

Daripada,

Admin

Monday, May 25, 2009

PERSEMBAHAN KUMPULAN KOIR SEKOLAH SEMPENA PERAYAAN PESTA KAAMATAN 2009


Bilalah mau mula ni?.....



Macam comel tak saya.....



Dah nak start ke ni?....tak sabar dah ni...




Kirim salam kat Jurulatih tu....Seksi le.....




Ok....sebelum mula nyanyi...buka mulut semua...siapa belum gosok gigi...



Segak Dan Bergaya....




Kumpulan koir yang menjadi kebanggaan semua....



Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu.....

Sunday, May 24, 2009

LAMAN FORUM GURU SK PEKAN TENOM

Terima kasih kepada admin imfass kerana mewujudkan sebuah laman forum untuk guru. Keahlian dibuka kepada semua guru-guru di sekitar Tenom dan berminat menyertai forum ini. Anda dialu-alukan memberikan idea dan pandangan yang bernas dan membantu meningkatkan lagi bidang pendidikan di daerah ini.

Link untuk memasuki forum

Forum Guru SK Pekan Tenom

Friday, May 22, 2009

LAGU YANG DIMAINKAN MASA LDP PADA ISNIN 19/05/2009

Keroncong Untuk Ana

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

1
Kemana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama

Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana.. Ana..
Ana.. Ana..

( ulang dari 1 )
Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku

Thursday, May 21, 2009

MAKLUMAN KEPADA YANG BERKENAAN

Pengagihan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. (KWAPM)

Tarikh : 22hb. Mei. 2009

Hari : Jumaat

Masa : 2.30 petang - 4.00 petang

Tempat : Dewan Terbuka SK. Pekan Tenom


Nota :-
  1. Diharapkan kepada ibubapa/penjaga yang layak menerima KWAPM ini dapat mengambil perhatian dan datang sendiri tanpa menghantar wakil.
  2. Pihak sekolah hanya menerima ibubapa/penjaga sahaja. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul kemudian.

Tuesday, May 19, 2009

TAHNIAH

Sekalung tahniah diucapkan buat :-
  1. Puan Martha @ Nur Maziah Bt Gala @ Abdullah
  2. Ustazah Aniza Ibrahim
  3. Puan Yuniza Idayu Ismail
  4. Tuan Adanan Ag. Muslim
Kerana memperolehi keputusan terbaik keseluruhan IV dalam Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).


* Kepada yang belum semak keputusan boleh semak kat link pautan, klik semak keputusan PTK

Monday, May 18, 2009

PEPERIKSAAN SEMESTER 1 TAHUN 2009

MAKLUMAN

  1. Peperiksaan Sekolah akan dijalankan bermula 26. Mei. 2009 sehingga 29. Mei. 2009(Selasa hingga Jumaat).
  2. Diharapkan semua pelajar bersedia untuk peperiksaan semester ini.
  3. Untuk guru-guru bolehlah muaturun jadual peperiksaan di bahagian muaturun.
  4. Semoga pelajar-pelajar sukses dan berjaya dalam peperiksaan kali ini.
  5. Sila buat ulangkaji di rumah untuk persediaan peperiksaan.


Friday, May 15, 2009

Kad Hari Guru








Ini adalah sebahagian Kad Ucapan Hari Guru yang diterima daripada murid-murid......
Guru-guru semua sayangkan anda........
Kami doakan anda semua akan berjaya dalam pelajaran......

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka.
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.


Sajak Karya SN Dato' Usman Awang


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK, ANDALAH INSAN YANG TERLALU ISTIMEWA

GURUKU






Guruku memikul demikian banyak harapan
setiap ibu bapa dan juga kerajaan
bersama sederetan beban tambahan
untuk tiap minit dan jam persekolahan.

Guruku adalah segala-galanya
mengajar angka huruf dan kata
dan kini ilmu lebih dewasa
komputer ganti pemikir otak manusia.

Guruku mengajar pelbagal kurikulum
pendidikan budi bahasa
supaya otak manusia
jangan jadi pandir atau gila
Juga kokurikulum untuk anak didiknya
cergas dan sihat anggota
supaya degup jantung bahagia
saluran darah lancar terjaga.

Ke mana saia pindah-randahmu, guruku
ke hilir ke hulu engkau sebarkan buku dan ilmu
sebagal ejen budaya
pemimpin tanpa pilihanraya.

Tiap pagi seluruh cakerawala
jutaan suara menjulang ke angkasa
mengucapkan kata syahdu:
selamat pagi, cikgu.





Usman Awang

Monday, May 11, 2009

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Download : Muzik & Vokal

: Minus One



LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Lagu Tema : Muzik & Vokal

: Minus One

Wednesday, May 6, 2009





HARI PERASMIAN DAN PENUTUPAN BULAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

TEMA : PSSKU SAYANG

TARIKH : 18.04.2009 (SABTU)